OWNER

Premidator silent


when I depressed on my way.
I write.
It's remind me for being fearless to face up this life walau rasanya sakit such jatuh dari skate tapi memang ini kehidupan. jangan mati sebelum Mati! hidup dengan sebenar benar hidup. sampai mati yang sebenar datang menjemput. forward. Move on.

Dunia Aku Skater M. ╰ɵ───ɵ╯


blog archive



Spread Ukhuwah


Credits!


Templete By: Nurul Atiqah
Edited By: Syiqueen Ma'rof
Others:  Pakcik Google 


Al- Fatihah

selepas subuh. hizib bahar seperti biasa. dan breakfast bersama sama teman seperjuangan di bumi wakaf. rutin harian.



17.03.2014
6.55 pagi. - Maahad.
waktu syuruk hampir menjelma. Aku berjalan malas menuju ke DM. lepas ambil makanan. duduk. baru sekali dua nasi masuk mulut. Adik junior berlari lari anak ke arah aku. dan membisik ke arah aku

" be strong, nenek akak dah tak ada "


Diam.
It's really ruined mood aku.
Terus tak ada selera. aku masih bermuka biasa walau tengah shock gila. sebab this is my first experience I lost someone that I close in my life. First. Time.

cuba cool. ekcely tahan nk nangis senanya.

" uncle akak kejap lagi ambil. pergilah kemas barang "

" trimas dik " suara senada.

" kak, tak sedih ke. muka biasa je "

"senyum paksa"

*dalam hati* tak percaya sebenarnya. betul ke nenek Ana dah tak ada. tapi tak kan bab mati orang buat memain.



7.45 pagi.

Sampai rumah. Lepas salam Paman dan ucapkan terima kasih aku masuk rumah dengan langkah baget rilek. Senanya resah tak terkata

"ma. it's true? nenek Ana dah tak ada? it's? " sambil tangan hulur tangan dekat mama

" ye "

" since "

" malam tadi senanya. jenazah dari hosp. putrajaya hantar ke rumah pukul 2 pagi lebih. Mama terpaksa cancel outstation pagi ni ke terengganu sebab emegenci. Abah pergi tgk nenek Ana malam tadi. sedihnya. in her last breath, nenek Ana tak sempat bagi apa apa pesanan "

" maksud mama "

" masa abah sampai. Doc minta maaf sebab tak dapat selamatkan. Abah sangat terkilan. Doc cakap,

"tapi saya sempat ajar ibu Tuan mengucap tadi. Alhamdulillah. her can do it "

" takpelah. this is fated. semuanya dah tertulis. cuma saya sedih. bukan saya yang mengajarkan ibu saya sendiri mengucap"

Abah tunduk.
Doc perempuan tu menangis.
Diam.


Aku.
pandang muka abah yang nampak sentiasa tenang. masih mampu beri aku senyuman. kuatnya Abah.
aku belajar sesuatu. walau sebesar mana Allah uji. walau seberat mana ujian yang kita kena tanggung. Redha pada ketentuan Allah itu perlu untuk tengok kualiti iman kita.

Mama suruh bersiap. ganti baju. solat duhha. lepas tu sama sama uruskan jenazah nenek Ana.
Masa aku otw nak masuk bilik.
Aku nampak Muhammad. Adik bongsu aku. sedang siap dengan baju melayu. begitu juga angah. dan kuan. abang abang aku. Aku pandang ke arah mereka sekilas. wajah yg nampak sedih.
Aku masuk bilik. Bersiap.


Rumah aku sunyi seketika. Hanya mendengar sayup sayup suara abah mengaji sementara tunggu kami bersiap utk heading ke rumah paman. uruskan jenazah nenek Ana


8.35 pagi. Rumah Paman.

Aku kuatkan kaki melangkah ke ruang tamu. dah ramai makcik makcik dan orang ramai datang bagi me"imarahkan" lagi. Aku nampak nenek dibaringkan. tak percaya. betul ke tu nenek Ana.

Aku duduk betul betul depan jenazah nenek Ana. Lepas mama buka kain yg menutup muka nenek.



Aku terpana.
Kaku.

Nenek.... Ana.....
Wajah yang putih. muka nenek Ana yg seperti orang Arab. Somehow aku rasa muka nenek Ana such watak Bella Swan dalam movie twilight pun ada.

Kini dah terbaring. tidur. untuk selamaya. It hard to accept. really


Aku.
pengalaman pertama. melihat jenazah depan mata.

Aku membuka tafsir yg aku bawa.
Aku membaca surah yassin. Al- mulk.

9.00 am

mama panggil aku

" knp ma "

" nak ambil nurul dekat sekolah . dia dah habis paper dah. k. continue your recite "

" cepat ma. nenek nk dimandikan dah ni. lepas tu solat. cepat sikit. takut nurul tak sempat cium nenek Ana for the last time "


Selepas nenek dimandikan. dikafankan. Kami ahli keluarga terapat masuk ke dalam bilik utk beri penghormatan terakhir.



bila nampak nenek terbaring. Nenek Ana senyum!
Kali ini baru air mata aku jatuh. Out of blue. Deras membasahi pipi.

Selepas satu satu adik beradik abah cium nenek. Sampai turn abah.
Abah tenang. Melutut menghadap nenek Ana. Abah usap muka nenek Ana. Abah cium perlahan lahan dahi nenek Ana

Air mata aku makin hangat. Jatuh.
Aku berpaling muka. tak sanggup.

Aku tahu. Abah merupakan anak yang paling nenek Ana sayang. kerna abah tak dipanggil dengan nama sebenar. tapi dipanggil intan. Nama intan, nenek Ana panggil since Abah kecil. it's means Intan Payung. Mesti susah untuk abah accept all of this. Aku tahu. susah.

Aku usap air mata. suasana bilik tu suram. hiba. ditambah lagi dengan penghawa dingin yg dipasang. sejuk.

sampai turn cucu cucu nenek untuk beri penghormatan terakhir.
Aku cium nenek Ana. Aku bisik " tunggu qin di syurga taw. tunggu ye "

muka nenek Ana yg senyum seolah olah senyum dekat Aku. bagi sign.
 Allah. satu nama yang bermain dalam fikiran aku. Allah. kekuasaaMu segalanya. infiniti.

9.15 am

Diam.
Sambung.

Aku mula concern. Mama dan nurul tak sampai lagi.
Masa terus berlalu. tak menunggu manusia.
nurul tak sempat cium nenek Ana. Harapan mama nak solatkan jenazah nenek Ana tak kesampaian memandangkan pegebumian kena dicepatkan. Alhamdulillah. Aku dapat solat jenazah nenek Ana.

Abah iman. Aku dapat rasa sebaknya Abah tahan.
Tapi abah masih belum mengeluarkan setitis pun air mata. Tabah. Itulah abah.

9.40 am

Mama dah nurul sampai.
waktu tu nenek dah dibawa ke tempat pengkuburan.

" nenek Ana mana " nurul tanya

" otw jumpa Pencipta " Aku balas

" seriuslah " Air matanya hangat. membasahi pipi. Deras sungguh. Terkilan mungkin

" semua dah gerak pergi kubur. Mama jomlah pergi kubur. Dik jom. berhenti nangislah. Nenek sedih kalau kau nangis macam ni dik " Padahal aku dah cukup basah dah tadi senanya. Baget. tapi tak strong enough pun senanya

" abah dah gerak." Mama tny

" abah ikut dalam van jenazah "

Dalam kereta. Mama drive memang laju. sedang nurul asyik menahan sebak tak sempat tgk nenek Ana.

telefon bunyi.

Mama " tolong angkat. mungkin along "

Abang sulung aku yg otw dari Universiti balik juga. Drive bawa kawan dia teman sekali.

" ma. dekat mana. nenek Ana....... " sebak

" kau dah sampai mana. rushing terus ke kubur mama kata. be fast " Aku cakap.

" right "


sampai sampai. Kubur tengah digali. hampir siap. Along pun dah sampai. turut serta membantu bersama yg lain. Dari jauh. Aku nampak abah bersama iman yg disajungnya a.k.a Tok Guru seperti belajar sesuatu sambil ditangan memegang something. Tenang.


Kali pertama aku menjejakkan kaki ke kubur. First. Time.
Aku melihat macam mana jenazah nenek dimasukkan ke liang. Sayu.
Secara live. hati bergetar ingat Allah on the spot.

Dalam hati.
Suatu hari nanti. Ini juga tempat kembali aku.
Persiapan aku sehebat mana dah.
Kalau aku dipanggil untuk meghadap Engkau ya Ilahi. Adakah aku mampu untuk kembali dalam keadaan yg meronta ronta gembira tuk berjumpa denganMu atau adakah sebaliknya. Allahu. Gullppp T___T


Diam. Manik Manik jernih jatuh.
Sambung.


Tanah dicampakkan ke dalam liang menimbusi nenek Ana yg kini akan menjalani kehidupan di dunia barunya. sehingga Hari dibangkitkan manusia semua di Masyar.


Aku dongak memandang langit. Indah


Tanah perkuburan itu menjadi saksi. Talkin dibaca oleh Sang Anak kepada Bonda yg tercinta
Macam mana pun tinggi ego abah. Saat abah membaca Talkin.

Baru beberapa rangkap talkin, Abah diam sekejap.
Aku yg tunduk menghayati jadi curious kenapa abah senyap. Angkat kepala pandang abah. How can you imagine. Akhirnya air mata abah tumpah juga. Malah lebih deras dari biasa. . Aku tahu abah juga manusia yg ada perasaan cuma tak sanggup nangis depan nenek Ana. Aku tahu.

Even mama menangis minta maaf masa hari raya Abah hanya senyum.
Saat Along convo. Mama menangis. Abah hanya senyum.
Saat first time aku masuk Maahad. Aku menangis. Abah hanya senyum.

Tapi kali ni. Aku tahu. besarnya impak "seorang ibu" bagi abah kerana pada nenek terletaknya syurga Abah dan keberkatan doa seorang ibu telah hilang buat Abah. dan teputus amalan nenek melainkan tiga perkara. Salah satunya doa anak yg soleh. Saham yg nenek tinggal di dunia ini masih ada untuk terus hantar pahala untuk dirinya.


Dan aku yakin nenek definitely deserve for it.
Mata aku terus tertumpu pada Abah yg sedang mengelap air matanya.