OWNER

Premidator silent


when I depressed on my way.
I write.
It's remind me for being fearless to face up this life walau rasanya sakit such jatuh dari skate tapi memang ini kehidupan. jangan mati sebelum Mati! hidup dengan sebenar benar hidup. sampai mati yang sebenar datang menjemput. forward. Move on.

Dunia Aku Skater M. ╰ɵ───ɵ╯


blog archive



Spread Ukhuwah


Credits!


Templete By: Nurul Atiqah
Edited By: Syiqueen Ma'rof
Others:  Pakcik Google 


"lepaskan segalanya. percayakan Dia"

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


"hishh. kenapa kita ditemukan terlalu awal" hati aku berbisik.


"kenapa cakap macam tu? kau seolah olah salahkan Allah"


diam

fikir....


mungkin. atau memang ye, aku seolah olah salahkan Allah. bukan. macam tu maksudnya. err aku masih nak nafikan. in fact "aku tak redha Allah nak bagi ujian". itu hakikatnya. jahilnya.



"kau ujian bagi aku aku ujian bagi kau"
mungkin kita ada perasaan yang sama. perasaan yang setiap remaja yang baru nak kenal dunia selalu kejarkan. tapi bukan yang macam tu. aku tetap dengan pendirian aku. aku takkan biarkan perasaan ini bawa virus dosa dekat sesiapa. terutamanya kau. tak pasal pasal. Sekarang baru aku realize Allah sengaja hadirkan kau dekat aku untuk uji siapa yang aku lebih utamakan. kau atau Dia. dan sama juga macam kau. Allah uji untuk kita makin dekat pada Dia. terus baiki diri.


"Cinta"
terlalu muda untuk kau dan aku bercinta. sungguh. belum masanya. sekarang waktunya belajar bersungguh untuk tarik hati ummah yang semakin jauh dariNya. niatkan belajar untuk bantu agamaNya. bukan? Dan pemilik cinta sebenarnya Dia. yang sepatutnya kita cinta dengan sebenar benar cinta. iman aku dan kau ibarat sebutir gula. kalau dilarutkan dalam air. belum ada rasa manisnya. komfem. dan apa apa yang melalaikan dan menjauhkan kita dari cinta Dia itu bukan cinta. aku taknak jadi asbab kau free free jatuh dalam neraka. tergelincir dari track yang kau sepatutnya ada di atasnya, track "cari redha dia". Aku dan kau kena peka. syaitan ni slow motion dia pesongkan kita. dia indahkan maksiat. dia buat kita jatuh dalam jurang ikhtilat yang kadang kita sendiri tak sedar. Apa ikhtiar kita? kejar cinta Dia. sensitif pada dosa. careful dengan zina. hati. mata. untuk menjaga kemanisannya. sama-sama. boleh? *angkat kening*

                           

"Sabar"
penantian mengajar erti kesabaran. kita berpisah untuk pertemuaan yang kekal. pertemuan yang mampu membawa kita ke syurgaNya. sabar. perkataan biasa yang hanya manusia yang luar biasa yang mampu melakukannya. luar biasa imannya. perpisahan ini membuktikan iman. membuktikan jihad aku dan kau dengan ujian Dia. untuk tunjuk pada Syaitan yang kita ni bukan sebarang remaja. bukan calang calang hamba. even satu masa aku rebah. kuatkan aku dengan doa kau. aku taknak tengok kau lemah. berpaling arah atau menyerah kerana aku tak akan mengalah. Aku dah serik dengan jahiliyah. Hanya doa pengikat kasih dan Dia sebaik baik penyimpan rahsia kita.

"redha"
aku merancang kau merancang tapi Dia sebaik baik perancang. mungkin apa yang kita rancang tak sama dengan takdir yang dia dah aturkan. bukan mudah nak terima. tapi dalam setiap takdir Dia ada hikmah yang bawa kita ke syurga. jodoh rahsia Dia bukan terletak ditangan kita. at least kita cuba jadi hamba yang berkasih sayang atas nama Dia. berusaha untuk bantu Agama Dia. that's why kita mesti bersederhana dalam saling mencintai. untuk tak terlalu kecewa jika aku bukan yang ditakdirkan untuk menjadi sayap kiri kau dan kau bukan tercatat untuk jadi imam aku. Allah maha mendengar. aku tahu. kita saling mendoakan boleh?



                 cumanya Aku bersyukur jika kita ditakdirkan untuk melalui jalan menuju syurgaNya bersama-sama. Namun andai tiada kesempatan untuk kita di dunia. Aku akan tunggu dengan setia insyaallah di akhirat sana. -Syiqueen Ma'rof-