OWNER

Premidator silent


when I depressed on my way.
I write.
It's remind me for being fearless to face up this life walau rasanya sakit such jatuh dari skate tapi memang ini kehidupan. jangan mati sebelum Mati! hidup dengan sebenar benar hidup. sampai mati yang sebenar datang menjemput. forward. Move on.

Dunia Aku Skater M. ╰ɵ───ɵ╯


blog archive



Spread Ukhuwah


Credits!


Templete By: Nurul Atiqah
Edited By: Syiqueen Ma'rof
Others:  Pakcik Google 


wanita itu umpama Air mutlak


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ




Assalamualaikum. memang dah lama aku tak update. maaf. bukan aku sengaja tetapi memang aku jarang berada dalam "dunia hujung jari" ini sejak bertukar status "pelajar asrama". apa khabar iman kita? macam mana perjuangan kita melawan nafsu sendiri? berjaya ke kawal? pandu dia ke arah kebaikan? muhasabah diri. upgrade kan iman. rotate kan dia balik bila dia berubah arah. Hari ini aku nak kongsikan entry yang cukup untuk bermanfaat dan berkait rapat dengan dunia remaja macam kita. ini nasihat syeikh senior aku yang sekarang berterbangan di bumi anbiya' mencari ilmu Dia sebarkan ilmu Dia. tak pernah henti berdakwah.

sahabat senior aku nie kantoi dengan syeikh yang dia ada berhubung dengan seorang wanita bukan mahram di phone..*yakni couple*kemudian syeikh bagi nasihat yang sangat lembut tapi betul- betul menyentuh hati.




syeikh: kamu suka dia?

fulan: ya syeikh....

syeikh: kamu suka tu suka-suka atau kamu rasa dia memang yang terbaik untuk menjadi teman hidupmu,menjadi ibu untuk anakmu,menjadi pembantu agamamu?

fulan: ya syeikh, dia yang terbaik untuk jadi teman hidup saya dan agama saya...

syeikh: bila kamu akan menikahinya?

fulan: lepas belajar syeikh. dalam 3 tahun lagi

syeikh: jadi kenapa kamu rosakkan dia?kamu bukan nak menikah sekarang? kamu rosakkan dia sekarang dan 3 tahun akan datang?
kenapa kamu jadikan air mutlak menjadi air musta'mal tanpa sebab?
bukankah dia wanita suci yang bakal menjadi ibu untuk anakmu?
kenapa kamu bercouple dengannya sedangkan jika kamu sukakan dia. dia sukakan kamu bersabarlah hingga sampai waktu kalian benar- benar ingin menikah kemudian baru kamu jumpa ayahnya dan
pinang dia secara suci?
bukankah cara itu lebih suci?

"muslimah itu ibarat air mutlak tetapi apabila mereka mula berhubung dengan lelaki tanpa sebab apatah lagi bercouple,wanita itu umpama air musta'mal yang tidak boleh digunakan untuk bersuci tetapi hanya digunakan untuk perkara selain bersuci sebagai contoh basuh najis. basuh pinggan. basuh lantai"



adakah kamu sanggup ibu untuk anakmu setaraf itu?


"sesungguhnya wanita ini pendek akalnya. nafsu mereka didepankan atas segalanya jika datang lelaki yg ucapkan kata-kata cinta mereka akan mempercayainya melebihi mereka percayakan al-quran sedangkan lelaki itu hanya membuatkan diri mereka hanyut dengan kasih sayang yang bertunjangkan nafsu dan syaitan semata"

Allah menciptakan para lelaki sebagai penjaga para wanita bukan merosakkan mereka mungkin bagi kamu couple,chatting, on the phone semua itu dosa kecil sedangkan ia jelas haram kerana allah haramkan kita untuk dekati zina. Dalam makna kata lain kalau kita masih jauh 50km dari zina,tapi 1cm kita gerakkan kaki ke arah zina itu telah haram. Sesungguhnya ramai yang mati tanpa berzina tetapi di mahsyar kelak buku amalan mereka penuh dengan dosa zina.apa berbaloi kau bahagia sementara dengan wanita yang kau tak ingin nikahi diganti dengan azab neraka yang panasnya 70x ganda api dunia?



wanita itu walaupun akal pendek,tapi mereka dikurniakan sifat malu yang tinggi. Facebook,phone, twitter,internet ini semua dicipta dajjal untuk menghakis sifat malu para muslimah sehingga mereka jadi umpama kucing betina yang menggoda2 kucing jantan untuk mengawan. Wanita yang berpurdah yang kononnya wanita paling pemalu kerana menutup muka mereka juga ada yang jatuh dalam pelukan syaitan. Ada yang berpurdah di fb untuk tatapan jutaan lelaki bukan mahram. bukankah tujuan berpurdah utk melindungi muka mereka? mereka tanpa segan silu bergurau senda tanpa malu inbox lelaki dan sebagainya. Akal mereka tidak dapat jaga diri mereka bahkan sifat malu juga tidak dapat jaga diri mereka.Jadi siapa yang menjaga maruah para bidadari rasulullah kalau bukan kamu sang lelaki. Lindungi wanita kerana lemah sifat mereka. kamu lelaki adalah pemimpin.


nasihat syeikh membuat si fulan menangis dan sedar bahawa bukan bercouple cara yang terbaik. cukup dengan doa sebagai pengantaraan untuk mengadu sepuas puasnya kepada Dia Yang Maha Pecinta.

                                                                -N'am-