OWNER

Premidator silent


when I depressed on my way.
I write.
It's remind me for being fearless to face up this life walau rasanya sakit such jatuh dari skate tapi memang ini kehidupan. jangan mati sebelum Mati! hidup dengan sebenar benar hidup. sampai mati yang sebenar datang menjemput. forward. Move on.

Dunia Aku Skater M. ╰ɵ───ɵ╯


blog archive



Spread Ukhuwah


Credits!


Templete By: Nurul Atiqah
Edited By: Syiqueen Ma'rof
Others:  Pakcik Google 


"Hijrah Menuju Allah"

alhamdulilah kepada Dzat yang masih beri peluang dekat kita semua hidup dan merasai kemanisan ramadhan :") berubah dan hijrah satu maksud yang sama kan? :) bila kita cakap pasal perubahan bermakna kita cuba mencari sesuatu yang lebih baik dan bermakna kita ingin menjadi lebih baik. :) bila diri ini terasa banyak melakukan dosa dan cuba untuk betulkan balik "cinta" kepada Nya. diri ini memerlukan orang orang baik agar sentiasa dapat memandunya ke arah iman..
Alhamdulilah, diri ini mempunyai seorang mama yang sentiasa menyokong dari belakang, abah yang sentiasa bantu jatuh bangun. ketika diri ini kealpaan, mama abah sentiasa ada untuk bisikkan kata-kata keinsafan dan saat diri ini hilang keyakinan, mama abah sentiasa ada untuk kata "rahmat Allah melebihi segalannya" Alhamdulilah.................................

Pengalaman lalu ku jadikan teladan dan kejahilan lalu ku jadikan peneman "muhasabah diri" untuk sentiasa memperbaiki diri kepadaNya.. Apabila diri ini bersedia untuk berubah menjadi lebih baik dan permulaan perubahan itu dimulakan dengan keinsafan yang betul-betul. Dan malam itu, aku bersujud di sejadah, terasa dekat dengan pencipta, malam itu menjadi saksi kehambaan ku kepada Yang Esa. Entah berapa banyak air mata yang melimpah. Membawa diri untuk kembali kepada yang hakiki. Jauh disudut hati, tiada apa yang mampu diluahkan.  "Terima Kasih Allah" bukan Engkau yang melupakanku tapi aku yang terlupa akanMu *lap air mata*

Dan apabial hati telan pelan pelan ku sucikan, terasa hendak tukar penampilan diri, melihatkan mama dan adik perempuan bertudung labuh terasa sejuk mata memandang dan cemburu, dulu perasaan itu tak ada, yang ada cuma selalu perlekeh lekehkan adik perempuanku yang terlalu "kolot" dengan penampilan yang solehah itu....... Ya allah, betapa jahilnya aku dulu, bila kita sampai boleh ungkapkan macam tu bererti hati kita dah kotor sehingga rimas tengok orang yang cantik pada padangan Allah. itulah diri ku dahulu, dan apabila hati telah disirami air keinsafan dan kesedaran timbul rasa tenang melihat mama dan adik yang mengenakan "labuh" sebagai pakain. Kini ku sedar, hati itu tempat jatuhnya pandangan Allah. Dia tidak akan melihat hambanya pada zahir luaran semata-mata. lalu kita kena persembahankan hati yang sarat dengan iman dah taqwa. Buat bekal menemuiNya di "sana". Insyaallah.

Saat niat ingin "bertudung labuh" aku hasratkan kepada adik perempuan itu, permulaannya aku hanya bergurau untuk betul2 bertudung labuh, "adik, macam mana kalau akak pakai tudung labuh, mesti cantik kan" gelak2..... adik perempuan aku menangis... aku diam, dan dia keluar bilik tanpa cakap apa-apa, tak sangka begitu keinginan nya adik perempuan aku untuk melihat kakaknya betul2 ke arah perubahan hakiki.

Dan saat beli baju raya, abah mama singgah kedai jubah, abah dari dulu memang nak sangat tengok aku pakai jubah. entah kenapa, tapi ketika itu pintu hati ini tak terbuka "kononnya" hmmm, dan bila aku cuba try pakai jubah itu di "fitting room" abah tengok , abah menangis, Subhanaallah.... ya Allah, sejak itu aku betul2 tekad itu ke arah hijrah itu.....................................................

Ini Kisahku

kini, aku gadis itu, yang tidak ingin diminati, cukuplah hanya dihormati sebagai seorang "permata" dan akulah bukan perempuan hebat, aku hanya seorang gadis yang masih lemah dalam menjadi "nurul" untuk mencari Nur Nya.. aku bersyukur dan selesa menjadi gadis itu....

Mama selalu mengingatkan taqwa bukan pada pakaain tapi pada hati, jika kita telah menutup aurat tak bermakna kita terlepas dari bisikan bisikan syaitan yang menyesatkan.. Ya Allah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Mu. Bukan untuk mendamba pujiaan dah hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dulu. Dan bukan mahu mengatakan "Wahai Adam, lihatlah... Akulah wanita paling solehah.Moga sahaja kau jatuh cinta padaku" Allahuakbar! jauhkanlah....

Kecantikkan sebenar terlihat pada tutur kata yang berhikmah, akhlak yang indah , iman yang tidak goyah dan batas pergaulan yang dijaga rapi. jadikan aku gadis itu ya Rabbul Izzati.