OWNER

Premidator silent


when I depressed on my way.
I write.
It's remind me for being fearless to face up this life walau rasanya sakit such jatuh dari skate tapi memang ini kehidupan. jangan mati sebelum Mati! hidup dengan sebenar benar hidup. sampai mati yang sebenar datang menjemput. forward. Move on.

Dunia Aku Skater M. ╰ɵ───ɵ╯


blog archive



Spread Ukhuwah


Credits!


Templete By: Nurul Atiqah
Edited By: Syiqueen Ma'rof
Others:  Pakcik Google 


Ketenangan yang selama ini dicari


diri ini hanya seorang gadis yang masih mencari hidayah dan mengharap redha ilahi.. :")
kehidupan adalah ujian. hidup ini tidak terasa hidup tanpa ujian hidup kan? ujian itu sebenarnya  menghidupkan.-ustaz pahrol- Alhamdulilah......

saat aku terasa dekat dengan pencipta..........
masa tu, lepas solat asar, ada ketenangan, rasa sunyi tapi bukan sepi cuma rasa ketenangan yang tak dapat digambarkan......
saat aku sedang beristigfar memandang tingkap bilik aku, tiba-tiba rasa hangat dekat pipi, rupanya air jernih itu turun, manik-manik jernih jatuh kat pipi.... ya allah, kenapa ya? aku rasa ada sesuatu  yang macam  mengetuk-ngetuk jiwa ini. ketukan yang bertalu talu tapi ia berikan ketenangan.Saat itu, aku mula bermuhasabah diri, aku biarkan air jernih itu mengalir menitis ke sejadah yang mama bagi, aku biarkan. agar ia menjadi saksi akan keinsafan diri dihadapan pencipta nanti, kau ya rahim, aku berbisik, aku sedar akan kekurangan diri, mungkin ini yang menjadi titik tolak kepada ku untuk mencari.Mencari sesuatu yang mampu merawat kepedihan hati. Walaupun aku selalu berteman , tapi kenapa aku sentiasa rasa aku keseorangan. terasa ada yang kurang. kadang-kadang, hati mengeluh "ya allah, kenapa kau berikan kekurangan ini pada aku. sedang mereka yang lain kau kurniakan kelebihan" rintihan itu seringkali aku tanyakan atas sehelai sejadah yang menjadi saksi segalanya, sejadah pemberian mama, ya aku ulang lagi, memang mama yang bagi :").......

dan, aku masih mencari, tapi apa yang sebenarnya aku cari? persoalanan itu sentiasa menajadi sebab kenapa kadang-kadang air jernih itu mengalir selepas solat. Tapi itu dulu, aku dah tak fikir kenapa Allah kurniakan kekurangan itu, kerana aku punya jawapan, jawapan itu hanya aku yang tahu :") Asar itu, titisan yang sama mengalir tapi bukan atas sebab yang sama. Kali ini, ia mengalir atas doa aku yang lain dengan keinginan dulu.

"Ya allah, aku ingin berubah, aku ingin menjadi mujahidah, aku ingin solehah, aku ingin tidak dipandang dan memandang" ya allah, aku ingin yang terbaik dalam kejayaanku mencari ilmu. Air mata itu terus mengalir di pipi yang sama, yang dahulu pernah menangis atas keinginan lain padaNYA, di atas sejadah yang sama, namun kali ini dengan lafaz yang berbeza.Aku yang sekarang dan aku yang dulu, aku masih mencari sesuatu itu. Ketenangan yang hakiki. Dahulu, dalam setiap sujud solatku, dalam setiap bacaan Al-quran, aku sentiasa mencari ketenangan itu, tapi tak pernah aku jumpa.

Dan sekarang, aku rasakan sesuatu yang aku cari selama ini bagaikan semakin mendekati.Sesuatu yang mampu beri ketenangan pada hati.sesuatu yang akan menghilangkan perasaan kekurangan yang aku rasa selama ini. Alhamdulilah. ini semua kerana kau ya rahim.

Asar itu, aku bermuhasabah lagi, kenapa ketenangan ini tidak aku temui dulu? aku cuba menilai kembali diriku sendiri, aku menangis, air mata itu jatuh lagi, saat itu terasa sungguh hina, ketenangan itu tidak ku temui kerana dahulu aku pernah menduakan cintamu yang rahim... aku mencari cinta manusia saat aku terlalu daif akan cinta kau, maksiat hati, maksiat mata, maksiat telinga, zina hati yang berpanjangan. aku sedar akan itu, patutlah ketenangan itu tidak pernah rasa dekat pada aku, walaupun diri ini selalu berzikir menyebut nama Allah, tapi sehampir mana hubungan yang aku bina dengan Allah? sebanyak mana pernah hati ini rindu pada kekasih Allah? Aku tunaikan kewajipan solat, tapi sekhusyuk mana aku dalam setiap bacaan? setiap rukuk, setiap sujudku? Aku membaca kitabmu namun pernahkah aku cuba fahami setiap isi kandunganya? ya rahim............... :"(


Terlalu banyak episod-episod yang berlaku dalam kehidupan aku yang lalu memberi pentarbiyyahan pada diri ini. Alhamdulilah terasa lain dari yang dulu. ketukan yang aku dapat dari ilahi :") insyaalllah. saat hati melihat mereka yang solehah, pernah bermonolog dalam hati untuk jadi seorang yang solehah. Walaupun aku tahu aku tak layak, Aku dipenuhi dosa, kisah hidup aku dipenuhi noda :"(
tapi saat aku terbaca ayat ini

katakanlah,"Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh Dialah Yang Maha Pengampun,Maha Penyayang." (Az-zumar : 53)

Terasa sebak dihati. Ya allah aku ingin berubah. Aku taknak kehidupan aku yang lalu, aku taknak mengharap cinta pada yang tak halal. aku taknak lagi meniti nama mana mana lelaki dibibir, aku taknak dipandang aku taknak memandang aku ingin menjadi seorang mujahidah ya allah :"( aku tahu duniawi itu tiada yang abadi. aku takkan pernah rasa puas jika aku memilikinya.

ya allah, bantu aku untuk berubah dan untuk istiqamah :"(
saat sunyi hening asar itu, aku rasakan ada ketenangan pada airmata yang jatuh. Alhamdulilah, semoga ia airmata keinsafan. Terimakasih ya Allah


  Sekarang, di atas sejadah yang tetap sama, matlamat aku makin bertambah :")  


segala luahan yang diatas hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman, jadikan kisah aku ini sebagai pengajaran dan semoga kita senantiasa dibawah rahmatnya, diberi kemanisan iman dan kekuatan dalam menjalani ujian hidup.