OWNER

Premidator silent


when I depressed on my way.
I write.
It's remind me for being fearless to face up this life walau rasanya sakit such jatuh dari skate tapi memang ini kehidupan. jangan mati sebelum Mati! hidup dengan sebenar benar hidup. sampai mati yang sebenar datang menjemput. forward. Move on.

Dunia Aku Skater M. ╰ɵ───ɵ╯


blog archive



Spread Ukhuwah


Credits!


Templete By: Nurul Atiqah
Edited By: Syiqueen Ma'rof
Others:  Pakcik Google 


Ramadhan Menjadi Saksi




Addin meraup raup wajahnya lalu mencapai jam tangan di sudut katilnya. 3.10 pagi. sebelum turun dari katil dia megucap syukur pada Dzat yang menciptakan. Tuhan yang tidak pernah tidur. Ramadhan yang Indah. Bukan calang calang manusia yang sanggup tolak selimut tinggalkan katil melainkan kemanisan bangun malam dah sebati dalam diri.

kakinya melangkah ke bilik air bagi membersihkan diri.

                                                            ***********

Addin duduk di tepi katil Fahri. dia tersenyum melihat sahabatnya lena. rutin hariannya mengejutkan Fahri untuk sama sama menghadap ilahi. dengan wajahnya yang tenang. dia menguis rambut Fahri. Addin. ketua pengawas di Maahad Tarbiyah. terkenal dengan sifat yang tegas di dalam tugasnya tetapi begitu lembut dengan mereka yang dekat dalam hatinya. Sahabat.


"Fahri, bangun. Tuhan tunggu kita. banyak perkara aku nak luah dekat Dia. Malam ni malam ganjil. jom cari Lailatul Qadar" sambil tanganya memicit micit hidung dan pipi Fahri.


" hm " Fahri membuka mengosok gosok matanya kemudian tersengih.

"Aku tunggu kau dekat bawah" Addin meletakkan kopiahnya di atas kepala.

" Fawwas mana "

" macam biasa. dah dekat surau. dia kan istiqamah jaga masa qiam dia "

Fawwas merupakan kawan baik kepada Fahri dan Addin. Pelajar yang popular dalam kalangan pelajar lelaki mahupun perempuan di MT kerana mukanya yang ada iras iras Fatih Seferagic. Ayahnya merupakan orang putih manakala ibunya orang Malaysia tetapi kacukan Arab. Dia dibesarkan di Ireland sebelum balik ke Malaysia pada 2010 dan bersekolah di MT pada tahun lalu.


                                                           ***********

Suasana surau Kelihatan meriah dengan jiwa- jiwa manusia yang inginkan jalan mujahadah. Ramai pelajar- pelajar yang bangun untuk qiam. Bulan Bintang menjadi saksi kepada 3 sekawan yang berusaha menundukkan ego untuk menanam rasa rendah diri pada Tuhan yang menciptakan. Setiap rukuk dan sujud mereka penuh rasa kehambaan serta kekerdilan. Jiwa -Jiwa anak  muda itu hidup. Itulah kenikmatkan cintakan Dia lalu Tuhan hadirkan sahabat - sahabat yang mencintaiNya. Pagi itu mereka hiasi dengan solat dan hafalan quran baru.


Selesai membaca Al quran. Sementara menunggu waktu bersahur. Fahri merapatkan badannya ke arah dinding surau dan melunjurkan kaki diikuti oleh Fawwas manakala Addin duduk bersila.

suasana surau kelihatan suram apabila kebanyakkan pelajar  MT dah kembali ke asrama. Ada yang sambung belajar di kelas. Ada yang tidur sementara menunggu waktu sahur.


" korang tahu. hari ini kita last sahur dekat sini " Fahri memecah kesunyian memulakan perbualan

Addin merebahkan dirinya di peha Fawwas kemudian menutup muka dengan kopiahnya. Fawwas hanya tersenyum melihat gelagat Addin.

" tahu " jawap Fawwas dan Addin serentak.

" sedih kan " Addin menambah.

" banyak kenangan kita tahun ni. masa kau masuk MT ni tahun lepas. Kami rapat dengan kau lepas ramadhan. jadi ini ramadhan pertama kita dan terakhir kita dekat MT ni " kata Fahri kepada Fawwas. Addin hanya mengiyakan kata Fahri.

Fawwas hanya senyum. dia melihat kedua- dua wajah sahabatnya bergilir- gilir sambil menahan sebak. Dia tahu silap dia taknak cari kawan masa masuk MT. silap dia dulu ego lebih ditinggikan dari perasaan ingin berkawan. silap dia dulu berkira dalam memilih kawan. silap dia dulu tak faham konsep "sahabat tu penggerak ke Syurga"


dia mendonggak ke atas memandang kipas surau kemudian memenjamkan mata. takut takut air matanya jatuh dihadapan Fahri dan Addin.


" kau okey ke ni "
" kau sedih ke "
" apa yang aku cakap tadi sakitkan hati kau ke "

betubi- tubi Fahri menanya kepada Fawwas bila riak wajah Fawwas tiba tiba berubah dan pipinya menjadi merah kerana menahan sebak.

Addin mengangkat kepalanya kemudian memandang Fawwas, tetapi wajah Addin kelihatan tenang. Dia tahu apa yang tersirat di dalam fikiran Fawwas. Tiba - tiba dia teringat kenangan tahun lepas apabila dia dan Fahri cuba berkawan dan mendekati Fawwas tetapi langsung tak dilayan kerana masa tu Fawwas melihat Addin hanya sebagai seorang pengawas yg tegas dan memandang Fahri hanya sebelah mata. Addin senyum.


" Aku faham " Addin menyampuk.

Fahri merasakan perkara yang sama. Dia turut tersenyum. Hati mereka seolah berhubung antara satu sama lain. Fawwas begitu sebak mengenangkan sikapnya yang sebegitu tahun lalu. Dia tak sanggup menghadap sahabat sahabatnya. Dia tak sanggup bertentang mata dengan Fahri dan Addin. takut air matanya jatuh. egonya begitu tinggi.


" tak lah. ayat kau tu tak menyakitkan aku pun cuma sentap"  Fawwas bangun dan membetulkan kopiah dikepalanya.

" Wey..
 Aku nak gerak pergi DM dulu lah. jumpa dekat asrama " sebenarnya itu satu helah untuk Fawaas selamatkan ego tingginya yang bergunung.

Fahri dan Addin hanya tersenyum. mereka tahu. mereka tidak menghalang. hanya memberi sebaris senyuman pada Fawwas.


Fawwas berjalan dalam keadaan yang tenang dan lemah. dadanya sesak. hatinya sebak. tangan diseluk kedalam poket seluarnya sambil matanya melihat langit MT.

" Tuhan. Terima Kasih " bisik hatinya.

Fahri dan Addin memandang Fawwas dari jauh.

" Aku tak sangka. kita boleh jadi kawan dengan Fawwas. Once dulu masa Fawwas bajet bagus dengan semua orang. Aku rasa masa tu kalau dia terima aku tegur pun dah cukup bagus. Tapi cantik. Tuhan atur takdir kita. Mungkin ini penangan sabar kau dekat dia lah ni " Fahri menepuk nepuk bahu Addin.


" bukan aku. Tapi kita " teserlah lesung pipit di pipi Addin apabila dia tersenyum.


                                                              ***********

Pagi tu suasana Maahad Tarbiyah kelihatan ceria. pelajar pelajar kelihatan gembira kerana masing masing akan pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut hari raya. Tetapi bukan bagi Fawwas. Hatinya terlalu sedih untuk tinggalkan ramadhan kali ini. Baginya tahun ini paling bermakna. dia berbuka. bersahur. bertadarus bersama sama sahabat sahabat baiknya. Semua tu terlalu sedih buat dirinya.


di gelanggang skate di MT. Fawwas masih lagi meluncurkan skatenya sedang kebanyakkan pelajar ada yang sudah pulang ke rumah.

Dia menghentikan skatenya. jam ditangannya menunjuk 9.30 Pagi. Pak Mat, driver kepada ahli keluarganya akan menjemputnya sekitar 11.00 pagi. jadi dia mengambil kesempatan untuk mengasingkan diri dengan bermain skate. Minat mendalam nya pada skate semenjak dia duduk di Ireland lagi dan salah satu sebab dia bersekolah di MT kerana sekolah tu mmempunyai gelanggang skate.


Dia meletakkan kepala nya di atas papan luncurnya. fikirannya melayang. ada sesuatu yang dirasakan sejak di surau dari awal pagi tadi.

" Aku tak pernah rasa macam ni. itu ke penangan ukhuwah. senyum dan gembira apabila teringatkan mereka " bisik dia di dalam hatinya.

Fahri datang menyergah Fawwas.

" haa temenung memanjang "

" ciss. kau ni cuba bagi salam. tekejut aku " Fawwas terus bangun dari pembaringan sambil tangannya mengusap gusap dada.

" eheee. sorry lah. jenuh aku cari kau. kat sini rupanya. ingat dah balik dah. Merajuk aku kalau kau balik tak salam aku dulu ".

" Eleh menyampah betul ayatnya. belum. pukul 11 nanti " Fawwas tersenyum. Fahri memang orang yang gila gila dan manja bagi dirinya.

" Fawwas. Aku dah nak balik dah. Mak aku dah tunggu. sambil tangannya menunjuk ibunya yang tak jauh dari situ. Kau okey kan "

" Ye. Aku okey "

Mereka berpelukkan antara satu sama lain.

" jumpa lepas cuti dua minggu ni " kata Fawwas

" ehh lepas ni hari hari kita jumpa lah. "

" ha? "

Fahri meletakkan tangannya di dada Fawwas.

" ni dekat sini. hari hari kita jumpa. Dalam doa aku sentiasa ada nama kau dah Addin "

Fawwas terpegun. kemudian tersenyum. " eheee. yelah. in sha Allah. "

" Afwan. sebelum aku datang sini tadi. Addin cakap kalau jumpa kau bagitahu dia nak jumpa kau dekat surau. Addin balik petang sebab dia kena urus asrama dulu . okey "

Fawwas hanya tersenyum.

Fawwas memandang Fahri yang melari lari anak menuju ibunya. Dia menghantar dgn pandangan. Jantungnya tiba tiba berdegup kencang. Dia benar benar merasakan penangan Ukhuwah yang sebenarnya! berbeza dgn kawan kawan yang pernah dia kenali sebelum ini. kawan di Ireland mahupun di kawasan perumahannya.

Dengan perlahan dia mencapai skatenya untuk pulang ke asrama.
" Addin " bisik hatinya. Dia mesti jumpa Addin.



Surau MT.

kedengaran sayup sayup suara Addin membaca Al-quran toha. gemersik memenuhi ruangan surau MT. Surah kesenangan di kala gundah, surah kekuatan di kala susah.  Sungguh merdu! Sahabatnya itu ibarat Malaikat baginya dirinya. Dia mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat Duhha 2 rakaat. Addin langsung tidak menyedari kehadiran Fawwas.


" Addin " Fawwas menegur lembut.

" Ehh Fawwas. bila kau sampai " dia menutup tafsir dan menolak rehal ke tepi.

" baru je "

Fawwas menyandarkan badannnya di dinding surau kemudian melunjurkan kakinya. kopiahnya di buka diletakkan di atas ribaanya. diikuti oleh Addin. Surau MT senyap.


" kau cari aku " Fawwas memandang Addin sekilas.

" Hm. Aku cuma risau dekat kau. lepas kau keluar surau awal pagi tadi  aku tak nampak kau pun. hilang terus. ingat kau terasa dengan kata kata Fahri pagi tadi "

" Aku okey. cuma aku nak cakap. Aku ........... tak ada apalah " egonya masih meninggi. Semenjak dia menjadi sahabat kepada Fahri dan Addin belum pernah sekalipun dia mengucapkan ucapan terima kasih kepada mereka. Dalam hidup Fawwas dua ayat yg terlalu asing bagi dirinya ialah " minta maaf " dan " terima kasih ". Dia juga jarang mengucapkannya kepada kedua ibu bapanya. Itulah Fawwas. Egonya mengunug. Hasil didikan orang tuanya juga. Dia tidak diajar dari kecil mungkin kerana kurang kasih sayang dari kedua ibu bapanya yg sentiasa sibuk. Sebenarnya itu yg dia ingin ucapkan kepada Addin.


Addin tidak memaksa. Dia masih tenang seperti biasa.

" Fawwas. Dalam dunia ini ada perkara yang kita tak boleh dapatkan dengan duit. kau tahu "

" apa "

" persahabatan dan kasih sayang mak ayah kita. Dalam dua cinta ini ni ada cinta yang lebih kuat memegangnya. dan kalau kita tak cukup kuat untuk mencintai cinta satu ni. Kita tak mungkin dapat ikat 2 cinta yang dibawahnya " Mata Addin melirik ke arah Fawwas

" maksud kau. Apa cinta yg lebih kuat untuk pegang dua cinta tu "

" Cinta Dia sahabat. Allah " Addin memegang bahu Fawwas

 " Bila cintakan Tuhan. Tuhan hadirkan cinta orang kita cinta. Tuhan hadirkan orang yang mencintai Dia. Tuhan hadirkan orang yang mencintai kita. Semuanya kerana cinta Dia. Cinta Tuhan dasar segala cinta dan kemuncak bagi segala cinta dan ego kita boleh tunduk hanya kerana Dia. " teserlah senyuman Addin.

Hati Fawwas seolah terpanah. Dia seperti berada di awang awangan selepas mendengar kata kata Addin. sahabat itu memang pandai memanah hatinya. Hatinya rasa sebak. Dada sesak. Air matanya tak mampu di tahan lagi. Fawwas merebahkan dirinya di riba Addin. Sahabatnya seolah olah mengerti apa yang hilang selama ini di dalam hatinya. apa yang dirinya cuba cari selama ni. perasaan apa yang di cuba hidupkan dalam dirinya.


Untuk kali pertamanya Fawwas tewas dengan egonya. Air matanya jatuh!
Ramadhan kali ini terlalu bererti baginya. Dia kenal erti sebenar cinta pada bulan yang mulia. Dia kenal percintaan yang sebenar pada bulan yang begitu mulia. Bukan mudah untuk lepaskan ego yang selama ni memang kita sangkar dalam diri. bukan senang nak tundukkan ego yang selama ni memang segaja kita tinggikan. Dan hari ini dia buat sesuatu yang dia rasa selama ni dia tak mampu lakukan.


Air mata Addin juga bergenang. hampir juga manik manik jernih jatuh dipipinya. tetapi ditahan. niatnya untuk melihat Fawwas menitiskan air mata berhasil.

Fawwas bangun dari riba Addin. Mukanya merah padam. Addin menepuk nepuk belakang Fawwas.

" semoga kau mampu sahabat. Aku tahu benda ni payah. untuk mula jadi manusia yang biasa merendah bila kita dah biasa nak menang. semua kena praktik. yang penting step by step "

" aku cuba " menangisnya reda. Fawwas duduk memeluk lututnya.

Addin hanya tersenyum.

" Aku gerak dulu. nak kena tengok budak budak dekat asrama. entah apa jadi. nanti balik kirimkan salam aku pada parents kau. Fawwas. kita contact hari hari kay. melalui hati. " Addin memegang dadanya sendiri.
" dekat sini. Dengan doa. Assalamualaikum "

" In sha Allah. Waalaikumsalam "

Addin perlahan lahan berjalan keluar surau

" Addin! " jerit Fawwas

langkah terhenti. Dia menoleh kebelakang memandang Fawwas

" kenapa "

Fawwas berdiri membetulkan bajunya. Muka Fawwas seolah ingin melontarkan sesuatu.

Diam..

" kenapa Fawwas " muka Addin hairan

" errr. Terima Kasih Sahabat " dengan teragak agak.

Addin sebak. Dia berusaha tenang.

Addin meneruskan langkahnya. tangannya diangkat tanpa menoleh kembali kepada Fawwas.

" sama sama " Dalam hati Addin. " Aku sayang kau kerana Allah Fawwas "


Tinggallah Fawwas sendirian di dalam surau. Dia ingin mejadi diri yang baru. Dia bertekad untuk menghidupkan cinta kepada ibu bapanya. Dia berusaha untuk menjaga persahabatan dengan Fahri dan Addin. Dia cuba untuk menjadi seseorang yang berusaha melakukan apa sahaja dengan meletakkan cinta Tuhan sebagai dasarnya. Fawwas ingin menjadi dirinya yang baru.


" Aku cuba " bisik hatinya.


Kereta Marcedes berhenti di hadapan surau MT. kelihatan keluar seorang lelaki yang berusia dengan songkok dikepalanya. Dia kelihatan mencari cari seseorang.

Fawwas yang baru keluar surau.

" Pak Mat! Assalamualaikum. Pak Mat sihat? " Muka Fawwas kelihatan begitu ceria. Dia menghulurkan tangannya kepada Pak Mat.

" Haa kamu Fawwas. Waalaikumsalam. Sihat. jom kita balik " Pak Mat mengusap usap kepala Fawas

" jap saya barang barang saya. Pak Mat tunggu jap ye. maaf susahkan Pak Mat " tenang muka Fawwas

Pak Mat tercengang.
dalam hatinya. " betul ke ni anak majikan aku "
tingkah laku Fawwas berbeza. Sikapnya yang begitu dingin berubah kepada menghormati orang tua.
Hati Pak Mat menjadi sebak lagi lagi apabila dia mengucapkan perkataan " maaf " kepada dirinya.



                                                         
Fawwas memang betul betul cuba ingin menjadi diri yang baru.
                                                         
                                                       ************



             Ramadhan itu menjadi saksi bagi seorang Hamba yang berusaha menjadi sebenar benar Hamba.






Bersambung.................









Mana nilai Ramadhan pada kita




Aku lambat lagi.
memang selalunya begitu tak pernah awal walau masjid dengan rumah cuma beberapa langkah.percepatkan jalan. buka pintu. Allah. gila ramai malam ni. penuh. mata lelilau cari mana mana ada tempat kosong. Imam dah duduk takhiat akhir. Kecundang. tak sempat nak kejar . solat jelah dekat belakang. dah biasa.


                                                 ****************


dengar suara budak kecik nangis
aku toleh kanan. seorang ibu muda berusaha untuk menghentikan tangisan anaknya.
makin kuat. terawih dah nak mula. barangkali akan ganggu jemaah lain. nampak makcik makcik dah mula dah borak sesama sendiri. mengata ke? ehhh husnuzon. depa duk borak pasai fees day buka puasa mungkin.




Aku perhati. abserve sendiri.
dua situasi bagi aku boleh datang kan efek pada ibadah kita.
untuk ibu muda. bukan tak boleh nak bawa anak kecil datang masjid  tapi bila tangisan budak yang tak sampai 2 tahun boleh gegar satu masjid maka think twise adakah wajar kita tetap nak menangkan ego kita nak kejar pahala solat jemaah dekat masjid in the same time jemaah lain terganggu dik tangisan anak kita. kita tetap nak juga teruskan. Tuhan tu tahu priroriti dan apa yang sepatutnya kita utamakan bila facing situation macam ni. ada baiknya kita terawih dkt rumah. at least nangis anak kita tak buat jemaah lain rasa terganggu nak buat amal ibadah pada Tuhan. mana nilai terawih kita bila dalam kita tetap nak kejar pahala terawih berjemaah ada jiwa jiwa tak dapat khusuk. Ego tu ada masa masanya perlu diturunkan.



Makcik Makcik.
dan jadi common things cakap sesama sendiri ni tak kira dekat mana. Hatta dekat dalam rumah Allah. depan sejadah pun dah jadi  norm. dah tahu cara ibu muda tu silap. tapi kita hanya duk bisik bisik. geleng geleng kepala.

" isteri siapa ni. mana lelakinya. ganggu terawih "
"aku kenal dia ni. ego tinggi. pentingkan diri. nak juga bawa anak gi masjid. dah lah tu budak tu kecik lagi"


raup muka. aku masih perhati.
dekat sini bukan hanya ibu muda je yg pentingkan diri.
Makcik Makcik juga. kita tahu dia silap. kita cakap belakang tak bagi apa apa efek pun. cuba slow talk dgn ibu muda tu. nasihat kepeee. cakap belakang tu tak leh ubah apa apa. Mungkin dia ingat kita tak rasa diganggu dgn tangisan anak dia. Dan dia teruskan ibadah dia. padahal pada kita. nak angkat takbir pun terasa susah. pastinya ada jiwa jiwa yg menyampah. yg tak mampu sabar mungkin menyumpah dalam hati. menyatakan kegeraman dan kebengangan dalam diam. tapi kita tak sedar dkt sini senanya dah tunjuk ia bagi efek pada ibadah kita. Aku ulang. Akhirnya mana nilai terawih kita.




Aku. bukan tak berani nak tegur. cuma aku hanya mampu diam dan perhati.
bukan mudah nak direct cakap.

"Makcik tak baik ahhh mengata. nasihat patutnya. cakap terus!"
"Ibu Muda, anak acik bising. leh ganggu jemaah lain buat ibadah"


Untuk bercakap macam tu. Aku. pastinya tak mampu. sedang untuk rapatkan soff bila ruang sebelah aku kosng aku tarik tangan makcik sorang ni suh rapat rapat. bahu temu bahu. dia tepis. muka macam dia tgk aku ni kuih raya almond cookiess. Erkkk.Aku senyum. didik diri untuk sabar. depa tu orang tua. tak semua berilmu. Aku yang aku ni. masih bergetah. cuma belum gagah. tapi aku doakan depa berubah. ramadhan ni masa nak kumpul pahala byk byk tapi make sure bukan pahala yang kita tak ada ilmu tentangnya. pasti kecundang. hanya tinggal.



Nothing.




Tuhan ciptakan manusia bukan untuk sendiri. bukan untuk nafsi nafsi. Ramadhan is not only about burning calories rather a burning of pride, ego and sins. bila kita berada satu bumbung masjid. satu line sejadah yang sama. sof yang sama. bererti kita sama sama hamba punya satu Tuhan yang sama.




Muhasabah Diri. sejauh mana kita letak nilai ramadhan kali ini because
Ramadhan is only once per year, let's not waste this opportunity to do our best. Make this ramadhan precious. kita tak tahu bila Malaikat Maut jalankan tugas cabut nyawa kita.


                                                             Adious
                                                   Ramadhan Kareem



Begini sudah memadai

Aku sandarkan badan ke kerusi. Letih ulang kaji berjam lamanya. Ambil laptop. Pasang motivasi dari Mufti Ismail Menk. Muslim Scholar yang aku paling minat buat masa ini. Setiap reminder dari dia semua deep. tembus masuk dalam hati. Tepat.

Aku usap muka berkali kali . Capai buku catatan Islah Nafsi aku. sengaja selak selak. 
aku berhenti apabila terpandang note kecil yang aku simpan. Aku teringat dia. dia yang aku suka dalam diamku. terus terus dan terus. Melihat note kecil yg dia tulis. Semangat ini naik semula. Kau menjadi salah satu alasan aku untuk terus disini. Melangkah dengan hati yg tabah to facing this world. Kau salah satunya.

Tutup buku yang aku pegang. terasa sejuk .tarik hoodie sweater letak atas kepala.

Stalk twitter Ustaz Azhar Idrus. terbaca tweet ustaz

" Kalau kita jumpa seseorang dan kita merasa tenang apabila dengannya. Jangan lepaskannya kerana itu mungkin itu jodoh yang kita cari "

Dalam hati.
Tapi sekarang bukan masanya. Ada amanah yang lebih besar yang mesti dilaksanakan. Ada jiwa jiwa yang ingin lihat aku cemerlang. Cukup tiap kali dia mengalunkan bacaan Al-qurannya menjadi tanda bahawa dia juga merasa perasaan yg sama. Cukup apabila bersua muka masing masing menundukkan pandangan demi menjaga mata. Cukup Tuhan menjadi pengantaraan.kerna aku tahu perasaan ini datang dari Tuhan yang sama yang menciptakan. Semua atas sebab untuk menguji keimanan. Jadi aku biarkan ia tetap menjadi diam. Begini sudah memadai

                                                               

                                                      ***********